Sunday 8 January 2012

Minggu Kedua pada Januari :'(


Oh, Tidak ! Esok dah skolah.. Rasa macam nak cuti untuk lagi satu bulan sebab aku tak nak jumpa classmate, schoolmate, school maids ke.. apa apa lah.. sorang pun aku tak sanggup nak jumpa.. Tapi, apa aku boleh buat? Dah nasib yang aku ni still lagi 'budak sckolah'...

Untuk minggu kedua ni, dah mula kelas komputer.. Kelas aku kena datang hari Selasa, so, kalau ada latihan rumah sukan tu tak la sibuk sangat merayau satu sekolah beli itu beli ini... Aktiviti yang seterusnya aku dah tak tau.. Kalau ada, aku sambung cita..

~Kisah Seterusnya~

Tahun ni banyak sangat masalah yang dah menimpa aku.. kesian sungguh kan ! Sekarang ni, antara masalah yang paling berat sekali adalah 'pengangkutan' untuk aku pergi sekolah.. Pak cik bas yang lama tu dah jual dia punya bas yang sudah berkarat tu.. Jadi tak da lah transport.. So, buat sementara waktu ni pergi dan balik sekolah diuruskan oleh bapa aku yang sangat sibuk.. Dia yang hantar, dia yang ambil.. 

Kalau dia tak da, aku pun tak tau apa nak jadi..

Aku sibuk sangat tahun ni, start minggu kedua sekolah.. Aku dah start kena pergi tusyen.. Belum mula tusyen lagi aku dah rasa penat... Mana tak nya, pergi skolah pun balik dengan banyak homework.. Ditambah pulak, tahun ni kebanyakkan cikgu yang mengajar 'Garang' !!
Kalau kerja tak siap kena potong merit... 

Dah la markah merit untuk setiap murid tu sampai habis skolah kot kalau aku tak silap.. No renew lah maksudnya...!! Kalau tahun ni merit 95 tahun depan pun sama lah.. Hadoih... *sakit jiwa* .. Tahun ni kena belajar rajin-rajin sebab tahun depan dah PMR..

Masuk bab PMR pulak, rasanya lepas aku habis Tingkatan 3, aku ingat nak pindah sekolah lain.. Aku dah plan nak masuk satu skolah ni, skolah ni untuk perempuan ja.. Sekolah ni pulak dekat dengan rumah kakak aku.. So, aku tak la tension sangat kalau masuk asrama dekat sana.. Kalau ada offer untuk aku duduk dekat dengan kakak aku, of course aku "setuju".. 

Tapi yang beratnya, kalau aku pindah, aku kena tinggalkan kawan aku yang gila dan especially kakak yang aku dah angkat sebagai kakak angkat.. haha.. Tak lawak lah..!! Tak pa lah, benda-benda cam ni aku fikir kemudian hari je.. Sekarang ni, aku cuma kena fikir pasal pelajaran dulu..


Ok, habis dah cerita aku... Papai...
Kali ni aku buat bahasa Melayu pula.. suka hati aku lah.. 

No comments:

Post a Comment